Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Sabah terima dana EFT RM22.748 juta untuk pemuliharaan biodiversiti

KOTA KINABALU: Sabah menerima dana sebanyak RM22.75 juta daripada Kerajaan Persekutuan di bawah inisiatif ‘Ecological Fiscal Transfer’ (EFT) bagi menyokong usaha pemuliharaan alam sekitar oleh Kerajaan Negeri.

Dana tersebut, yang kini berjumlah RM126.36 juta sejak 2019, disampaikan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup kepada Ketua Menteri Datuk Seri Haji Noor di Menara Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Hajiji berkata, ia jelas menunjukkan pengiktirafan Kerajaan Persekutuan terhadap dasar pemuliharaan alam sekitar Kerajaan Negeri yang kukuh.

“Kerajaan Negeri mengalu-alukan sokongan berterusan daripada Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Turut dibincangkan ialah pindaan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan penyelarasan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara dengan perundangan Sabah bagi memastikan manfaat ekonomi karbon dapat dioptimumkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Hadir sama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian NRES Datuk Nor Yahati Awang. 

LEAVE A RESPONSE