Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Lelaki mengaku tidak bersalah salah guna wang RM1,200

Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang didakwa dengan curang menyalahgunakan wang seorang wanita berjumlah RM1,200 mengaku tidak bersalah di Mahakamh Majistret di sini.

Tertuduh, Chung Teck Yen, 52, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Wan Farrah Farriza Wan Ghazali.

Chung didakwa menyalahgunakan harta milik seorang wanita berusia 55 tahun secara curang antara 19 November 2025 hingga 17 Disember 2025 di Maybank Bhd cawangan Donggongon, dalam daerah Penampang.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak melebihi lima tahun, serta boleh dikenakan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 7 Mei ini untuk pengurusan kes pra-perbicaraan dan membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Akaash Singh.

Dalam prosiding berasingan, seorang lelaki didenda RM1,300 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana bermain judi di tempat awam.

Majistret Dzul Elmy Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Giovanni Kim Keon, mengaku bersalah melakukan kesalahan tersebut pada 14 November tahun lalu di sebuah premis di Penampang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah.

LEAVE A RESPONSE