Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Pusat Islam Sandakan capai 90 peratus siap, dijangka siap Mei 2026

Read Time:1 Minute, 3 Second

SANDAKAN: Pembinaan Pusat Islam Sandakan di Kampung Sungai Kayu kini mencapai 90 peratus kemajuan dengan struktur seni bina luaran kompleks berkenaan hampir siap sepenuhnya.

Arkitek Projek Pusat Islam Sandakan, Mir Zafriz Mior Zawar berkata, ketika ini pihaknya memberi tumpuan kepada kerja-kerja kemasan dalaman termasuk pemasangan jubin serta pemasangan Glass Fibre Reinforced Concrete (GFRC) bagi reka bentuk geometri hiasan dalaman masjid.

“Kerja-kerja di bahagian luar terjejas sedikit oleh faktor cuaca kerana sekurang-kurangnya tiga hari tanpa hujan diperlukan untuk memastikan proses pembinaan berjalan dengan lancar.

“Pihak kontraktor juga telah diminta untuk menambah bilangan pekerja di tapak binaan bagi memastikan baki kerja dapat disiapkan mengikut spesifikasi dan tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan taklimat sempena lawatan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman ke tapak pembinaan Pusat Islam Sandakan, pada Rabu.

Pusat Islam Sandakan dijangka siap pada penghujung Mei 2026 namun pihak kontraktor berharap dapat menyiapkannya lebih awal.

Selain berfungsi sebagai tempat ibadah, Pusat Islam Sandakan direka bentuk sebagai pusat penyebaran syiar Islam dan penyatuan ummah khususnya di daerah Sandakan. 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Manila, Hazem Mubarak Tun Musa; Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Walter Kenson; Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner George Abd Rakman.

LEAVE A RESPONSE