Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Masjid UMS Sandakan siap dibina, perkukuh peranan hab pendidikan

Read Time:1 Minute, 36 Second

SANDAKAN : Masjid Universiti Malaysia Sabah (UMS) Sandakan yang bernilai hampir RM5 juta merupakan hasil usaha dan tadbir urus yang baik antara Kementerian Pendidikan Tinggi  (KPT) dan UMS.

Pengerusi Lembaga Pengarah UMS Datuk Seri Abd Rahman Dahlan berkata, pembinaan masjid itu juga menjadi pelengkap dalam memastikan kawasan hab pendidikan itu mempunyai sebuah masjid yang mampu menyatukan ikatan ukhuwah antara kerajaan dan rakyat sekitar Batu 10 Sungai Batang, di sini.

“Walaupun projek yang bermula pada 11 Januari 2023 ini telah melalui fasa-fasa pembinaan yang agak mencabar, namun atas semangat hubungan kerajaan persekutuan dan negeri yang amat baik, hari ini Masjid UMS Sandakan mampu berdiri megah untuk menampung sehingga 1,000 jemaah pada satu-satu masa. 

“Pembinaan Masjid UMS Sandakan ini adalah signifikan dan tepat pada masanya memandangkan Pusat Islam Sandakan yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri turut dibina di Kampung Sungai Kayu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Masjid UMS Sandakan dan Iftar Perdana UMS di Masjid UMS Sandakan di sini pada Selasa.

Majlis perasmian disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Rahman berkata, projek itu juga dapat dilihat sebagai suatu peluang kerjasama antara UMS dan kerajaan negeri dari pelbagai segi.

Beliau berkata, ia termasuklah perkongsian ilmu pengetahuan, pemindahan ilmu, memperkukuhkan aktiviti penyelidikan dan khidmat sosial yang lain.

“Suka saya ingin kongsikan bahawa, masjid ini adalah satu lagi bukti impak jasa cetusan idea dan usaha Tuan Yang Terutama Tun, membina Hab Pendidikan di Batu 10 Sandakan semasa beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Pada kesempatan ini juga, saya ingin berkongsi kepada semua yang hadir bahawa UMS melalui Pusat Islamnya telah dilantik sebagai Ejen Pungutan dan Agihan Zakat bagi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Menerusi pelantikan ini telah memberikan manfaat yang amat besar kepada warga UMS tidak kira golongan pelajar mahupun kakitangan melalui pemberian pelbagai bantuan seperti elaun sara hidup, penyelesaian yuran pengajian, bantuan Ramadan, Aidilfitri dan sebagainya,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

LEAVE A RESPONSE