Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

KM alu-alukan lebih banyak kerjasama dengan Petronas

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyambut baik komitmen Petronas untuk meneroka kerjasama lanjut bagi memperluas penyertaan Sabah dalam industri minyak dan gas.

Dalam pertemuan bersama Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, Ketua Menteri telah diberi taklimat mengenai hala tuju kerjasama strategik serta status semasa operasi Petronas di negeri ini.

Tengku Muhammad Taufik turut memaklumkan kepada Ketua Menteri mengenai usaha bantuan banjir Petronas bagi menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membantu komuniti yang terjejas di Sabah baru-baru ini.

Delegasi Petronas turut disertai oleh Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas & Maritim, Datuk Adif Zulkifli, Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), Datuk Bacho Pilong, Naib Presiden Hubungan Strategik & Komunikasi Kumpulan, Ir. Norafizal Mat Saad serta pegawai-pegawai kanan Petronas.

LEAVE A RESPONSE