Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

DBKK perketat penguatkuasaan, pastikan bazar bersih dan selamat

KOTA KINABALU : Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mempergiat pemantauan dan penguatkuasaan di semua tapak bazar sekitar bandar raya ini bagi memastikan aspek kebersihan dan keselamatan makanan sentiasa dipatuhi.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pemantauan itu meliputi bazar kendalian DBKK dan juga anjuran persatuan.

Beliau berkata, antara fokus utama pemeriksaan ialah memastikan pengendali makanan telah menerima suntikan kesihatan yang diwajibkan, selain mematuhi peraturan penyediaan dan penyimpanan makanan.

“DBKK turut meneliti kaedah penyimpanan makanan supaya sentiasa bertutup dan tidak terdedah kepada pencemaran.

“Pemeriksaan juga dilakukan bagi mengelakkan penjualan makanan basi yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman dan isteri di sini pada Isnin.

Sabin berkata, bagi peniaga yang menjalankan aktiviti memasak ringan seperti menggoreng di tapak bazar, pihak berkuasa akan memastikan penggunaan minyak masak dikendalikan dengan betul serta tidak dibuang ke dalam longkang atau parit berhampiran.

Menurutnya, tindakan tegas termasuk kompaun atau penutupan gerai boleh dikenakan sekiranya peniaga gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.

“Langkah berterusan ini dilaksanakan bagi menjamin kebersihan persekitaran bazar serta melindungi kesihatan orang ramai yang mengunjungi lokasi berkenaan,” katanya. 

LEAVE A RESPONSE