Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Guru besar didenda RM32,000 guna dokumen palsu, subahat tuntut bayaran

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Seorang guru besar didenda sebanyak RM32,000 kerana menggunakan dokumen palsu bagi mendapatkan sumbangan peruntukan khas Ketua Menteri dan bersubahat dengan seorang kontraktor berhubung tuntutan bayaran pembekalan peralatan sekolah.

Hakim Mahkamah Sesyen, Elsie Primus, menjatuhkan denda terhadap Abd Rasad Sadikir @ Sadikil, 57, ketika kes itu disebut untuk penghakiman hari ini.

Abd Rasad sebelum ini mengaku bersalah terhadap semua lapan pertuduhan.

Bagi dua pertuduhan menggunakan dokumen palsu, Abd Rasad masing-masing didenda RM8,000 atau enam bulan penjara jika gagal membayar denda.

Manakala bagi lapan pertuduhan bersubahat, Abd Rasad didenda RM2,000 atau tiga bulan penjara bagi setiap pertuduhan.

BERITA LANJUT MENYUSUL…

LEAVE A RESPONSE