Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Dividen dan inisiatif kesihatan perkukuh kebajikan anggota KOPEKS

Read Time:1 Minute, 36 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU : Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (KOPEKS) membayar dividen sebanyak RM323,925 kepada anggotanya bagi tahun kewangan 2023 dan 2024.

Pengerusi KOPEKS, Datuk Dr Saat Ag Damit berkata, dividen dua tahun kewangan itu melambangkan kemampuan KOPEKS dalam mengekalkan prestasi kewangan yang mapan.

Beliau berkata, ia meliputi tadbir urus berintegriti; pengurusan kewangan berhemah dan pematuhan prinsip syariah.

Mohamad menyerahkan bantuan CSR Pendidikan kepada salah seorang anak anggota KOPEKS

“Keutamaan KOPEKS ialah kebajikan anggota, dan prestasi kewangan yang stabil membolehkan manfaat ini dikongsi secara konsisten.

“Selain membayar dividen, KOPEKS turut memberi manfaat kepada anggotanya melalui diskaun rawatan perubatan, perlindungan insurans kemalangan dan khairat kematian – selaras usaha meningkatkan kebajikan serta kesihatan anggota,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Bayaran Dividen 2023/2024 dan Premis K-Cara Klinik Sembulan di sini pada Ahad.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mohamad Alamin.

Saat berkata, KOPEKS kini turut mengoperasikan tiga cawangan K-Care Klinik iaitu di Sembulan, Sulaman Sentral dan Kota Belud.

Katanta, perluasan klinik itu adalah bagi memberi akses perkhidmatan kesihatan yang lebih dekat dan berpatutan kepada anggota serta komuniti setempat.

“Inisiatif rangkaian niaga K-Care Klinik merupakan antara strategi KOPEKS untuk meningkatkan ekonomi anggota dan koperasi melalui perkhidmatan kesihatan yang mapan.

“Pada bulan November yang lalu, pendapatan tiga cawangan K-Care Klinik mencecah RM90,000 dan dijangka berkembang sekitar 30 peratus dalam tempoh dua tahun.

“KOPEKS turut memberi diskaun khas RM5 kepada setiap anggota sempena AGM pada November 2024, dengan nilai manfaat terkumpul kira-kira RM5,000 dan merancang untuk memperluas lagi perkhidmatan kesihatan, termasuk cadangan pembukaan perkhidmatan dialisis di Kudat,” katanya.

Dalam pada itu, Saat berkata, KOPEKS telah dilantik oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai Mentor Pengukuhan Tadbir Urus dan Pematuhan Syariah.

Beliau berkata, ini menjadikan KOPEKS satu-satunya koperasi di Sabah menerima tanggungjawab strategik ini.

“Tahap kepercayaan pihak SKM terhadap pengurusan yang berdisiplin, telus dan selaras syariah,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE