Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Sabah catat kes Tibi tertinggi di Malaysia

Read Time:1 Minute, 0 Second

KUALA LUMPUR: Sabah mencatatkan jumlah kes tuberkulosis (Tibi) tertinggi di Malaysia dengan 614 kes, daripada keseluruhan 2,571 kes dilaporkan sehingga Minggu Epidemiologi kelima tahun ini (ME 5/2026).

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan memaklumkan, sebanyak 503 kes baharu Tibi dikesan di seluruh negara setakat ini. 

Negeri-negeri lain yang turut mencatat kes tinggi termasuk Selangor (476 kes), Sarawak (257 kes), Johor (233 kes) serta Kuala Lumpur dan Putrajaya (202 kes).

Selain itu,  beberapa negeri lain lain mencatatkan kes lebih rendah, termasuk Pulau Pinang (148 kes), Kedah (144 kes), Perak (127 kes), Kelantan (96 kes), Pahang (81 kes), Terengganu (60 kes), Negeri Sembilan (58 kes), Melaka (42 kes), Perlis (17 kes) dan Labuan (16 kes).

KKM menasihatkan orang ramai lebih peka menjelang musim perayaan dan cuti panjang dengan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, memakai pelitup muka di kawasan sesak, serta segera menjalani saringan di fasiliti kesihatan terdekat bagi individu yang mengalami gejala seperti batuk berpanjangan, demam, hilang selera makan atau susut berat badan.

“Langkah ini bukan sahaja berteraskan prinsip penilaian risiko kendiri malah tanggungjawab sosial yang amat penting bagi melindungi diri, keluarga serta komuniti daripada risiko jangkitan penyakit berjangkit,” menurut kenyataan KKM.

LEAVE A RESPONSE