Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

Cuba Gulingkan Muhyiddin, Hamzah Zainudin Dipecat Dari BERSATU – Sabah News

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden BERSATU, Hamzah Zainudin, dipecat keahliannya berkuat kuasa hari ini selepas Lembaga Disiplin parti memutuskan beliau melanggar perlembagaan parti.

Setiausaha Agung, Mohamed Azmin Ali, berkata keputusan dibuat selaras Fasal 22.5 dan Fasal 9.1.4 perlembagaan parti.

Notis pemecatan ditandatangani Pengerusi Lembaga Disiplin, Mohd Radzi Manan, dengan ruang rayuan diberikan dalam tempoh 14 hari.

Hamzah dilaporkan tidak hadir prosiding disiplin semalam kerana berada di Sydney untuk urusan pendaftaran universiti anak perempuannya.

Beliau dipanggil bagi memberi keterangan berhubung kritikan terhadap Presiden parti, Muhyiddin Yassin, serta dakwaan terlibat dalam gerakan menggesa perubahan kepimpinan dan pengumpulan akuan bersumpah.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti turut dipecat atas dakwaan terbabit dalam gerakan yang sama.

LEAVE A RESPONSE