Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Belanjawan 2026: Perbelanjaan awam meningkat RM470 bilion – PM

Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Rhea Dharmin

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2026 akan menyaksikan peningkatan dalam perbelanjaan awam berjumlah RM470 bilion berbanding RM452 bilion pada tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perbelanjaan terbabit melibatkan RM338.2 bilion belanja mengurus (OE) Persekutuan; RM81 bilion belanja pembangunan (DE) Persekutuan; RM30 bilion pelaburan syarikat pelaburan awam berkaitan kerajaan (GLIC); RM10 bilion pelaburan awam-swasta dan RM10.8 bilion pelaburan Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat Menteri Kewangan (Diperbadankan) (MKD).

Beliau yang juga merupakan Menteri Kewangan itu turut berkata disamping mengekalkan komitmen pada Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal (FRA), momentum pertumbuhan terus didukung dasar fiskal yang mengembang.

“Belanjawan 2026 akan mengumpul dan mengoptimum sumber negara termasuk dana GLIC, Badan Berkanun Persekutuan dan Syarikat MKD melalui perbelanjaan awam berjumlah 470 bilion ringgit berbanding 452 bilion ringgit tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertempat di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata pihaknya komited memaknai tatakelola dimana pentadbiran MADANI harus membina kecekapan fiskal, menutup ruang ketirisan, dan memperkukuh institusi negara—dalam usaha menaikkan siling ekonomi dan lantai hidup rakyat

“Lantaran komitmen Kerajaan MADANI memaknai tatakelola, maka diperkenalkan FRA dan kkini ditambah RUU Perolehan Kerajaan yang sebenarnya mengikat kuasa Menteri Kewangan kerana masih boleh didakwa dan dipantau oleh Tribunal.

“Di bawah MADANI, kita tekal menurunkan defisit fiskal: daripada 5.5 peratus (2022); 5 peratus (2023); 4.1 peratus (2024); dan bertekad mencapai 3.8 peratus (2025). Insya-Allah, tahun 2026 akan menurun lagi kepada 3.5 peratus,” katanya.

LEAVE A RESPONSE