Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

GRS-PH letak jangkaan munasabah dalam rundingan kerusi – Masidi

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) menetapkan jangkaan yang munasabah dalam rundingan pembahagian kerusi menjelang Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17).

Setiausaha Agung GRS Datuk Seri Masidi Manjun berkata, rundingan pembahagian kerusi antara GRS dan PH telah bermula dan berjalan dalam suasana yang positif.

“Setakat ini, rundingan sangat baik. Saya berharap hasilnya dapat diumumkan sebelum hari penamaan calon,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Vaskular Borneo ke-3 di Hotel Hillton di sini hari ini.

Mengulas kemungkinan berlaku pertembungan sesama sendiri antara kedua-dua gabungan, Masidi optimis perkara itu dapat dielakkan.

“Saya tidak fikir akan berlaku. Dalam rundingan, kedua-dua pihak berkongsi pandangan yang sama pada akhirnya, yang penting ialah kemenangan, bukan soal siapa dapat kerusi apa.

Sudah tentu, jumlah kerusi itu penting bagi Sabah kerana ia menunjukkan PH menghargai GRS sebagaimana GRS menghargai PH sebagai rakan,” katanya.

Tambahnya lagi, fokus utama gabungan adalah untuk meraih sebanyak mungkin undi demi memastikan kemenangan bersama.

LEAVE A RESPONSE