Read Time:1 Minute, 42 Second
Oleh J Evachel John
KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A menyifatkan kenyataan yang diberikan oleh anaknya kepada pihak polis berhubung insiden melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir sebagai satu “killer statement” yang tidak boleh dinafikan dengan sewenang-wenangnya.
Menurut saksi ke-62, kenyataan itu dianggap sedemikian kerana ia mengandungi maklumat berkaitan dakwaan niat Zara untuk membunuh diri.
Saksi berkata demikian ketika peguam Shahlan Jufri meminta beliau menjelaskan dakwaannya mengenai mesej WhatsApp yang ‘diforwardkan’ oleh ibu Zara kepadanya.
Saksi yang memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan juga mempersoalkan niat ibu Zara menghantar mesej tersebut kepadanya, yang menurutnya menunjukkan ibu Zara percaya kepada pihak lain dan meletakkan anaknya dalam bahaya.
Shahlan: Bolehkah puan jelaskan bahaya untuk pelajar A?
Saksi: Kerana pada pandangan saya, kenyataan anak saya adalah satu “killer statement” dalam kes ini, jadi saya tidak boleh sewenangnya membuat penafian.
Shahlan: Apa yang puan maksudkan dengan “killer statement”?
Saksi: Terutamanya Zara ingin bunuh diri, banyak kali diulang, diluahkan kepada (Pelajar A). Sebelum Jumaat, 25 Julai, ibu Zara ada tanya kepada saya apa Pelajar A beritahu padahal saya masa itu saya nak anak saya stabil lepas samapai rumah baru dia cerita semua. Pada minggu yang sama, saya tidak ingat tarikh, saya kena datang ke Balai Polis.
Shahlan juga bertanya sama ada ibu pelajar A mungkin tersalah tafsir mesej yang dihantar oleh ibu Zara, yang sebenarnya hanya meminta ibu Pelajar A membuat penafian dengan membuat laporan polis sekiranya benar keterangan anaknya diputar belit, khususnya berhubung dakwaan bahawa Zara pernah menyatakan hasrat untuk membunuh diri.
Saksi bertegas bahawa mengikut pemahamannya, ibu Zara memintanya membuat penafian terhadap kenyataan anaknya dan beliau enggan melakukannya.
“Pelajar A telah menceritakan segala-galanya kepada saya, jadi saya berpegang kepada jawapan saya,” katanya.
Pada prosiding kelmarin (Feb 2), saksi mendakwa Ibu Zara pernah mengganggu saya dengan menghantar WhatsApp memarahi saya kerana membenarkan pelajar A bercakap benar kepada polis.
Menurut saksi, ibu Zara turur mengarahkan beliau membuat penafian dan menghubungi pegawai terbabit.
LINK BERITA TERDAHULU:
https://sabahmedia.com/2026/02/02/saksi-dakwa-diganggu-ibu-zara-berhubung-kenyataan-polis/






