Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Belanjawan 2026: Sabah kekal terima peruntukan pembangunan paling tinggi sebanyak RM6.9 bilion

Read Time:1 Minute, 24 Second

Oleh Rhea Dharmin

KUALA LUMPUR: Negeri Sabah kekal memperolehi peruntukan pembangunan paling tertinggi dimana ia telah meningkat kepada RM6.9 bilion berbanding RM4.4 bilion pada tahun 2022.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan terbabit merupakan komitmen pihaknya dalam memastikan pembangunan di negeri Sabah menjadi semakin pesat.

” Menyemangati Perjanjian Malaysia 1963 (MA93) Kerajaan MADANI bertekad memastikan kepesatan pembangunan di Sabah Sarawak. Ini bukan sekadar janji, tetapi tindakan nyata untuk merapatkan jurang pembangunan—terutamanya prasarana asas.

“Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion ketimbang RM 4.4 bilion (2022). Sarawak terus meninggi kepada RM6 bilion ketimbang RM 2.9 bilion (2022).

“Mulai tahun ini, kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada RM600 juta ketimbang RM300 juta (2023),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2026 bertempat di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut berkata kerajaan Persekutuan juga komited menyalurkan peruntukan tambahan kepada negeri Sabah bagi projek yang menjamin kelangsungan keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air.

Katanya, kerajaan Persekutuan tetap menyediakan RM1.2 bilion kepada Sabah bagi menjamin kelangsungan bekalan berikutan kawal selia bekalan elektrik telah diserahkan sepenuhnya kepada negeri itu pada Januari tahun lepas.

“Insiden tanah runtuh di Penampang telah memutuskan dua talian utama penghantaran elektrik voltan tinggi— mengakibatkan gangguan bekalan kepada 230,000 pengguna pantai timur Sabah. Langkah segera diambil bagi memulih bekalan.

“Untuk kelangsungan jangka panjang, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM765 juta bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link.

“Sejak 2024, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM1 bilion untuk projek air Sabah antaranya pemasangan paip di Tawau serta naik taraf paip usang di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan. Projek ini dalam fasa pelaksanaan dan dijangka siap tahun hadapan,” katanya.

LEAVE A RESPONSE