Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Inkues Zara: Pelajar A masih digelar “pembunuh” di sekolah baru – Saksi

Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Mahkamah Koroner mendengar bahawa pelajar A masih digelar “pembunuh” walaupun selepas berpindah ke sekolah baharu.

Perkara itu didedahkan oleh ibu pelajar A semasa memberi keterangan di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan, ketika menjawab soalan tambahan daripada peguam Joan Goh.

Joan: Berkenaan dengan keadaan pelajar A pada masa sekarang, adakah pelajar A ada menerima sebarang tekanan ataupun tomahan daripada murid-murid di sekolah baru pelajar A? 
Saksi: Ya, ada.

Joan: Bolehkah puan ceritakan? 
Saksi: Boleh. Pertama, ketika di dalam kelas, pelajar A baru berdaftar, baru masuk kelas dalam beberapa hari, terdapat seorang pelajar menatapnya sambil membuat muka dan mengelarnya sebagai “pembunuh”. Kedua, sewaktu pelajar A naik pentas menerima hadiah, beberapa pelajar yang di bawah yang sama batch dengan pelajar A boo dia “pembunuh-pembunuh”. Dia tidak dengar sendiri tapi orang keliling dengar dan kawan-kawan memaklumkan kepadanya.

Menjawab soalan daripada pegawai pengendali Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari, saksi berkata anaknya mula bersekolah di sekolah baharu itu sekitar bulan November tahun lalu.

Menurutnya selepas kejadian yang menimpa Zara sehingga bulan November, pelajar A tidak bersekolah.

Pegawai pengendali: Boleh beritahu mahkamah kenapa, puan? 
Saksi: Kerana pada tempoh itu, nama dan butiranranya menjadi viral. Saya risau akan keselamatannya bila saya hantar dia bersekolah secara bersemuka. Saya teramat risaua akn mental dan keselamatan pelajar A.

Pelajar A merupakan salah seorang daripada lima remaja yang didakwa mencapai niat bersama menggunakan perkataan mencela terhadap Zara yang mana perkataan tersebut didengari dan berkemungkinan menyebabkan Zara berasa terganggu dengan perkataan tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 15 Julai lalu di antara jam lebih kurang 10 malam sehingga 11 malam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 507C(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pelajar A dan empat remaja lain mengaku tidak bersalah pada 20 Ogos, 2025 di Mahkamah Kanak-Kanak.

Zara Qairina, 13, ditemui tidak sedarkan diri di asrama SMKA Tun Datu Mustapha sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai, 2025 dan disahkan meninggal dunia keesokan harinya di Hospital Queen Elizabeth, di sini.

LEAVE A RESPONSE