Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

Naim Gesa Menteri Undang-Undang Kaji Semula Jawapan Rasmi Isu MA63

Read Time:1 Minute, 48 Second

KUALA LUMPUR, — Ahli Parlimen Kinabatangan, Mohd Kurniawan Naim Mokhtar,  menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) supaya mengkaji semula jawapan rasmi berkaitan isu pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang menurutnya telah menimbulkan kekeliruan serta kegusaran dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.

Gesaan itu dibuat dalam ucapan sulung beliau ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, di mana beliau menegaskan bahawa MA63 bukan sekadar dokumen sejarah, sebaliknya merupakan asas sah pembentukan Persekutuan Malaysia yang mengiktiraf kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam negara ini.

“MA63 adalah perjanjian asas yang memberi jaminan jelas terhadap hak autonomi negeri, termasuk hak 40 peratus hasil negeri seperti termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan Persekutuan. Ini bukan isu politik, tetapi janji perlembagaan,” katanya.

Menurut Naim, sebarang tafsiran atau dasar yang dilaksanakan secara unilateral tanpa persetujuan negeri-negeri terlibat tidak wajar mengatasi semangat dan maksud asal MA63 yang menjamin hak Sabah dan Sarawak terhadap sumber asli mereka.

Beliau turut menyentuh isu hak royalti petroleum dan gas yang menurutnya perlu dilihat dalam kerangka perlembagaan dan perjanjian asal pembentukan negara.

“Bagaimana mungkin perjanjian yang digubal kemudian tanpa persetujuan negeri dapat mengatasi perjanjian asal yang menjadi asas pembentukan negara ini?” soal beliau.

Dalam pada itu, Naim berkata jawapan rasmi kerajaan sebelum ini wajar diperhalusi kerana ia telah meninggalkan polemik serta ketegangan dalam kalangan rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau menegaskan bahawa mengembalikan hak seperti yang termaktub dalam MA63 juga selari dengan prinsip undang-undang antarabangsa bahawa perjanjian mesti dihormati (pacta sunt servanda).

Tambah Naim lagi, Harus difahami bahawa mengembalikan hak-hak ini juga menegaskan komitmen kerajaan terhadap prinsip perundangan antarabangsa bahawa perjanjian mesti dihormati, di samping memperkukuh kedudukan Sabah sebagai rakan kongsi sebenar dalam Persekutuan, bukan sekadar sebuah negeri biasa.

Hal ini juga bertepatan dengan syariat Islam, sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Maidah, ayat 1, yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.”

Dengan menghormati MA63, kita bukan sahaja menegakkan keadilan dan keseimbangan federalisme, malah memastikan kesejahteraan rakyat Sabah terus terjamin melalui pembangunan yang inklusif dan berkesan.

Jelas beliau lagi,  pengiktirafan sebenar terhadap MA63 penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat Sabah dapat dipertingkat melalui pembangunan yang lebih adil dan inklusif.

LEAVE A RESPONSE