Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Ketua Warden akui Ibu Zara patut tahu apa berlaku terhadap anaknya

Read Time:2 Minute, 23 Second

Oleh J Evachel John

KOTA KINABALU: Ketua Warden SMKA Tun Datu Mustapha, Ustaz Azhari Abd Sagap, mengakui ibu Zara Qairina Mahathir sepatutnya diberitahu mengenai apa yang berlaku pada malam sebelum anaknya ditemui tidak sedarkan diri di bawah asrama.

Azhari mengakui perkara itu ketika menjawab soalan peguam Shahlan Jufri, yang bertanya sama ada ibu Zara berhak mendapat maklumat berhubung kejadian tersebut.

Shahlan: Kenapa tiada langsung atau sedikit pun maklumat diberitahu kepada ibu Zara?
Azhari: Pada 16 Julai 2025, saya bertemu ibu Zara tetapi pada waktu itu, saya masih tidak tahu apa-apa. Pada 17 Julai 2025, saya sudah memaklumkan kepada pihak polis, ibu Zara telah membuat laporan polis dan beliau boleh mendapatkan maklumat daripada polis.

Shahlan: Sebagai seorang guru yang mempunyai anak, ibu Zara berhak sekurang-kurangnya mengetahui apa yang berlaku ke atas anaknya. Adakah cikgu rasa ibu Zara patut tahu apa yang berlaku malam itu?
Azhari: Patut, beliau sepatutnya tahu.

Shahlan: Tetapi tiada siapa pun memberitahunya?
Azhari: Apa yang berlaku malam itu, saya tidak memberitahunya.

Menjawab soalan lain, Azhari memberitahu koroner bahawa beliau berasa terganggu secara peribadi dengan kecaman yang diterimanya.

“Saya cerita diri saya sendiri, apabila saya bangun pada jam 3 pagi, badan saya akan bergegar, itu sebelum dikecam. Selepas dikecam lagilah… Saya ada temujanji di hospital, dan itulah yang saya alami walaupun telah membantu pihak polis dalam kes ini,” katanya sambil menambah bukan dirinya sahaja, sesiapa yang tidak berpihak kepada ibu Zara akan dikecam.

Shahlan: Kecaman itu berlaku secara dalam talian, bukan bersemuka. Kenapa cikgu rasa tertekan?
Azhari: Saya tidak dapat pulang ke kampung halaman dalam keadaan normal.

Shahlan: Sebagai ketua warden asrama ketika itu, cikgu tahu apa yang berlaku kepada Zara sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri di bawah bangunan asrama. Adakah cikgu rasa Zara mengalami perkara yang sama seperti yang cikgu rasa?
Azhari: Malam itu, Zara hanya ditanya sama ada beliau mencuri atau tidak.

Shahlan: Bagaimana cara soalan itu diajukan kepada Zara?
Azhari: Beliau ditanya sama ada mencuri atau tidak, tetapi tidak mengaku. Tiada keganasan berlaku.

Shahlan: Tuduhan itu terlalu berat bagi seorang pelajar perempuan yang baru masuk sekolah menengah?
Azhari: Jika ia tuduhan mencuri, memang berat kerana ia melibatkan mengambil hak orang lain tanpa izin.

Shahlan: Jadi cikgu rasa Zara tidak patut berasa tertekan?
Azhari: Mungkin ada sebab lain yang menyebabkan Zara berasa tertekan.

Menjawab lanjut soalan Shahlan, Azhari berkata tuduhan mencuri itu mungkin menjadi punca tekanan kepada Zara.

Ditanya oleh peguam Joan Goh, Azhari menjelaskan bahawa beliau dikatakan tidak berpihak kepada ibu Zara kerana menyampaikan perkara yang benar.

Sebagai contoh, beliau memberi keterangan bahawa beliau tidak melihat ibu Zara menangis ketika berada di kecemasan, namun itulah kenyataan sebenar. Perkara itu menimbulkan kecaman terhadapnya kerana orang tidak dapat menerima keterangan tersebut.

Selain itu, menurAzhari berkata beliau tidak pasti sama ada Zara pernah dipanggil untuk ditanya mengenai kemungkinan konflik dengan ibu dan neneknya, kerana cjat tentang perkara itu hanya diketahuinya selepas kejadian.

LEAVE A RESPONSE