Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Lebih 16 tan sisa pepejal dikutip menerusi operasi pembersihan

Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak lebih 16 tan sisa pepejal berjaya dikutip menerusi pelaksanaan pembersihan secara menyeluruh merangkumi kawasan daratan dan perairan bandaraya Kota Kinabalu Sabtu lalu.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan pembersihan itu adalah komitmen berterusan DBKK dalam memastikan kebersihan dan kelestarian alam sekitar sentiasa terpelihara.

Menurut DBKK, pembersihan itu merangkumi tiga komponen utama, iaitu pembersihan pulau; pembersihan laut dan persisiran bandar raya serta pembersihan sungai dan kawasan kampung di persisiran sungai.

{“remix_data”:[],”remix_entry_point”:”challenges”,”source_tags”:[],”origin”:”unknown”,”total_draw_time”:0,”total_draw_actions”:0,”layers_used”:0,”brushes_used”:0,”photos_added”:0,”total_editor_actions”:{},”tools_used”:{“transform”:1},”is_sticker”:false,”edited_since_last_sticker_save”:true,”containsFTESticker”:false}

Bagi menyokong kelancaran operasi di kawasan perairan, dua unit skimmer boat serta 16 unit bot, termasuk dua unit bot scavenger sungai, telah digerakkan.

“Walau bagaimanapun, pelaksanaan operasi ini turut berdepan kekangan faktor cuaca yang menghadkan pergerakan jentera di beberapa lokasi tertentu,” tambah kenyataan itu lagi.

Bagi pembersihan daratan pula, tumpuan diberikan kepada pematuhan jadual pengutipan sisa pepejal, penyelesaian aduan awam serta pengurusan dan pelupusan sampah haram di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

Sepanjang tempoh pelaksanaan, DBKK mendapati berlaku peningkatan ketara aktiviti pembuangan sampah haram secara tidak terkawal di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini.

Sehubungan itu, DBKK meminta orang awam dan semua pihak agar menguruskan sisa pepejal secara bertanggungjawab, menggunakan kemudahan pelupusan yang disediakan dengan betul serta bersama-sama memelihara kebersihan persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu demi kesejahteraan dan kelestarian bersama.

Sebagai langkah sokongan dalam pengurusan sisa pukal dan sisa kebun secara berhemah, DBKK turut melaksanakan Program iBersih Turun Padang Bersama Komuniti.

Sepanjang tempoh pelaksanaan operasi, sebanyak 610 buah rumah telah menerima penerangan secara pintu ke pintu, melibatkan kawasan Taman Kingfisher, Taman Ujana Kingfisher dan Plaza Kingfisher.

Bagi memastikan kebersihan awam berterusan, DBKK turut melaksanakan pembersihan intensif, khususnya di kawasan tumpuan pelancong, termasuk jalan utama, lorong-lorong serta kawasan awam di pusat bandar dan luar bandar agar persekitaran bandar raya sentiasa bersih, selesa dan teratur. – SABAH MEDIA / FOTO DBKK

LEAVE A RESPONSE