Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Ribut petir, hujan lebat landa beberapa kawasan di Sabah

KOTA KINABALU:  Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan beberapa kawasan di Sabah yang dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 9 malam ini.

METMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, kawasan terlibat di Sabah merangkumi Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan termasuk Telupid dan Beluran, serta Kudat.

“Antara kawasan terlibat di Sabah melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat termasuk Labuan sehingga jam 9 malam ini,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi tempoh satu jam.

 Amaran ini bersifat jangka pendek dan sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Orang ramai di kawasan terlibat dinasihatkan agar berwaspada dan mengambil langkah keselamatan, khususnya ketika berada di luar rumah, memandangkan ribut petir berpotensi menyebabkan kejadian seperti banjir kilat, pokok tumbang dan gangguan bekalan elektrik.

Selain itu, pengguna jalan raya dan nelayan pantai turut dinasihatkan supaya lebih berhati-hati serta sentiasa memantau perkembangan cuaca semasa. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE