Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Madius dilantik Pengerusi POIC Sabah, Datuk Roger terajui Invest Sabah

Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick menyampaikan watikah pelantikan kepada dua pengerusi baharu Kumpulan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Sabah dan Invest Sabah Berhad.

Ewon (dua dari kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Roger Chin, disaksikan oleh Dr.Firdausi (dua dari kanan) dan Thomas (kanan).

Bekas Menteri Perdagangan dan Perindustrian Sabah Datuk Seri Panglima Madius Tangau dilantik Pengerusi POIC Sabah manakala Datuk Roger Chin sebagai Pengerusi Invest Sabah Berhad yang baharu.

Ewon (tengah) menyampaikan watikah pelantikan kepada Jonathan (kiri), disaksikan oleh Madius (dua dari kiri), Fredian (dua dari kanan) dan Thomas (kanan).

Dalam majlis yang sama, bekas Pengarah Kastam Sabah Datuk Jonathan Kandok dilantik sebagai Timbalan Pengerusi POIC Sabah.

Watikah pelantikan itu disampaikan dalam satu majlis ringkas di Dewan Mesyuarat Pejabat Menteri di Wisma Kewangan, di sini, hari ini.

Ewon dalam ucapannya berkata, pelantikan ketiga-tiga tokoh berpengalaman itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan industri pelaburan, perindustrian dan logistik Sabah terus dipacu secara teratur, inklusif dan berimpak tinggi.

Beliau turut mengulangi komitmennya untuk terus melaksanakan agenda Sabah First dalam kementerian ini dengan memberi tumpuan besar kepada beberapa perkara antaranya membangunkan ekosistem pelaburan dan keusahawanan yang mesra pelabur dan mesra usahawan.

“Pelantikan ini selaras dengan pendekatan ‘Sabah First’, di mana kepentingan dan manfaat kepada rakyat serta ekonomi Sabah sentiasa menjadi keutamaan.

“Saya percaya dengan pengalaman luas dan kepakaran mereka, POIC Sabah dan Invest Sabah akan terus memainkan peranan strategik dalam membawa masuk pelaburan berkualiti dan meningkatkan daya saing negeri,” katanya.

Sementara itu, ketiga-tiga yang dilantik merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas kepercayaan yang diberikan dan berikrar untuk melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan dengan penuh komitmen.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah Datuk Thomas Logijin, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) POIC Sabah Datuk Gredian Gan dan CEO Invest Sabah Dr.Firdausi Suffian.

LEAVE A RESPONSE