Read Time:1 Minute, 17 Second
KOTA KINABALU: Tinjauan ILHAM Centre di seluruh Sabah menunjukkan keputusan unjuran mereka hampir tepat, dengan 85 peratus daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dianalisis selaras dengan keputusan sebenar.
Pengarah Eksekutif ILHAM Centre, Hisommudin Bakar berkata, pola pengundian di Sabah menunjukkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya mengekalkan keunggulan di kawasan yang mereka tandingi, khususnya di jajaran pantai barat negeri ini.
“GRS terbukti unggul di kawasan yang mereka tandingi, namun persaingan dengan Barisan Nasional (BN) di beberapa kerusi memberi kelebihan kepada Warisan.
“Kepentingan kedua-dua parti yang berkongsi pengundi sama, iaitu GRS dan BN, untuk mengekalkan persefahaman politik bagi mengelakkan keuntungan berpihak kepada Warisan,” katanya dalam satu temubual eklusif bersama Sabah Media
Pada 28 November lalu, ILHAM centre telah mengeluarkan kenyataan baawa GRS mempunyai peluang terbuka untuk membentuj Kerajaan Negeri berdasarkan dapatan kajian akhir pola pengundian mereka
Berdasarkan kajian itu, GRS Dijangka memperolehi sekitar 26 kerusi daripada 55 kerusi yang ditandingi sekaligus muncul sebagai parti yang memenangi jumlah kerusi terbesar berbanding parti lain.
Dalam pada itu, beliau berkata, tinjauan Ilham Centre turut mendedahkan gelombang penolakan pengundi kaum Cina terhadap Pakatan Harapan (PH) dengan hanya satu kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dimenangi daripada 13 kerusi yang ditandingi, iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap.
Katanya, Ilham Centre mengucapkan terima kasih atas kerjasama pengundi Sabah yang memberi respon jujur dan terbuka sepanjang tinjauan dijalankan.
“Menurut mereka, tahap keterbukaan itu membolehkan dapatan kajian hampir tepat dengan keputusan sebenar rakyat Sabah.
“Alhamdulillah, walaupun kami datang dari Semenanjung, layanan yang diterima daripada pengundi Sabah sangat baik dan profesional,” katanya. – SABAH MEDIA






