Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

GRS Masih Mendahului Selepas 38 Kerusi Dikira Secara Rasmi

KOTA KINABALU: Lebih separuh keputusan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Sehingga 12.20 tengah malam, GRS mendahului dengan 18 kerusi, diikuti Warisan (10), Barisan Nasional (3), STAR (2), calon bebas (2) dan Pakatan Harapan (1). 

Jumlah keseluruhan setakat ini ialah 38 daripada 73 kerusi DUN.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, berkata SPR masih menunggu keputusan yang akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) bagi 35 lagi Bahagian Pilihan Raya Negeri di seluruh Sabah.

Keputusan seterusnya akan diumumkan dari semasa ke semasa.

LEAVE A RESPONSE