Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

DAP Sabah Gagal Pertahankan Kerusi, Terima Keputusan Pengundi Pada PRU DU Sabah ke 17 — Loke

KOTA KINABALU, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah mengakui gagal mempertahankan sebarang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang sebelum ini dalam Pilihan Raya Sabah ke-17

Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook berkata, pihaknya menerima dan menghormati keputusan pengundi di lapan kawasan yang ditandingi oleh parti itu.

“Kami menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh para pengundi di semua lapan kawasan yang ditandingi DAP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, DAP turut mengucapkan tahniah kepada parti serta calon yang telah diberi mandat oleh rakyat bagi mewakili kawasan masing-masing.

Menurut Loke, pucuk pimpinan parti akan mengambil iktibar daripada keputusan tersebut dengan menilai semula segala kelemahan serta memperkemaskan strategi perjuangan parti bagi mendapatkan kembali sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang.

Walaupun tewas di peringkat negeri, beliau berkata DAP Sabah masih mempunyai dua wakil di peringkat Parlimen, iaitu di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan.

“Kedua-dua Ahli Parlimen DAP akan melipatgandakan usaha dan gerak kerja mereka di kawasan masing-masing,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Loke turut mengambil tanggungjawab penuh terhadap kegagalan DAP memenangi sebarang kerusi dalam PRN17.

“Sebagai Setiausaha Agung parti, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap segala kelemahan dan kegagalan ini,” katanya.

LEAVE A RESPONSE