Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Sabah

Hujan dijangka landa beberapa daerah di Sabah pada hari pengundian esok


KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca tidak menentu dengan hujan di kebanyakan kawasan di Sabah pada hari mengundi Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah (PRU Sabah) ke-17 esok.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkam, hujan dijangka berlaku seawal pagi dan berterusan sehingga petang di beberapa daerah utama.

Antaranya Kudat, Pitas, Kota Marudu, Kota Belud, Tuaran, Kota Kinabalu, Putatan, Penampang dan Papar.

Keadaan sama turut diramal melibatkan kawasan pedalaman dan pantai timur seperti Ranau, Telupid, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau, Kalabakan, Keningau, Beaufort, Tenom serta Sipitang.

Sementara itu, beberapa daerah seperti Tongod, Nabawan dan Paitan diramal mengalami cuaca cerah pada waktu pagi, namun berpotensi ribut petir dan hujan lebat pada sebelah petang.

MetMalaysia menasihatkan orang ramai, khususnya pengundi, supaya merancang pergerakan lebih awal, berhati-hati di jalan raya dan peka terhadap kemungkinan jalan licin, banjir kilat serta ribut petir.

Ramalan cuaca itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi MetMalaysia. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE