Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

Jahid sokong penuh calon baharu teruskan legasi GRS di Tamparuli

Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Raul G.

TAMPARULI: Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim menyokong sepenuhnya calon baharu, Dr Bonaventure Boniface meneruskan legasi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.

Jahid berkata, beliau menghargai nilai persahabatan, keikhlasan serta sokongan tidak berbelah bahagi kepada calon GRS berkenaan yang turut mewakili komponen Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli.

“Dengan kekuatan jentera, kesatuan hati dan iltizam seluruh ahli, saya yakin PBS bersama GRS mampu menggalas amanah besar ini demi masa depan rakyat Tamparuli,

“Untuk hari ini, memadai saya katakan Dr. (Dr Bonaventure Boniface) kaulah harapan, kaulah penyambung (harapan wakil rakyat),” katanya di sini.

Jahid dilihat mengikuti beberapa kempen bagi menyatakan sokongan terhadap calon GRS, Dr Bonaventure bagi DUN Tamparuli sebaik penamaan calon diumumkan pada Sabtu lalu.

Jahid menambah, semangat kebersamaan menjadi asas kekuatan mereka untuk terus berjuang demi kepentingan rakyat dan pembangunan bagi kawasan Tamparuli.

Sementara itu, Dr Bonaventure dalam kenyataan terbaru di akaun Facebook miliknya, menyatakan sebahagian penduduk bertanyakan mengenai daerah kelahirannya.

“Ya.. benar, saya dilahirkan di Kuala Penyu. Namun, isu kepimpinan bukan tentang di mana saya memulakan hidup. Tetapi di mana saya memilih untuk mendedikasikan khidmat saya”.

“Hati dan fokus saya sudah lama tertumpu di sini (Tamparuli) dan terdapat rekod khidmat bakti kepada komuniti Tamparuli dan Kiulu,” katanya.

Menurut beliau yang juga bekas Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Madya, sejak tahun 2021 melalui Mitatabang Komuniti, beliau antara individu yang kerap menganjurkan pelbagai kursus untuk memperkasa usahawan dan belia tani.

“Antara program pernah dilaksanakan, beberapa siri kursus secara atas talian merangkumi latihan perniagaan dan pemasaran digital.

“Selain menjalankan kerja amal ketika pandemik Covid-19 dan banjir, saya juga mendengar rintihan penduduk dan menjadi suara untuk memperjuangkan isu pencemaran sungai yang dihadapi penduduk di Kampung Kauluan,

Malah, tugasan kerja saya sebagai ahli akademik UMS banyak tertumpu di sini, seperti membantu membangunkan potensi Tamparuli sebagai hab agropelancongan di Kiulu dan Tuaran.

“Saya bukan dilahirkan di Tamparuli tetapi saya memilih untuk berada di sini, berkhidmat di sini dan menabur bakti di sini,” ujarnya.

LEAVE A RESPONSE