Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PRU Sabah : PH bantu kemenangan calon di tiga kerusi di Ranau

Read Time:1 Minute, 24 Second

RANAU : Pakatan Harapan (PH)  akan memastikan kemenangan calon Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)  di sini melalui kerjasama yang kukuh.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranau, Taufik Dahlan berkata, adalah lebih baik untuk meneruskan kestabilan politik sedia ada di bawah pentadbiran GRS memandangkan banyak pembangunan telah berjaya dilaksanakan, sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Katanya lagi, DUN di sini pernah memegang portfolio penting, seperti Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kewangan serta Pembantu kepada Ketua Menteri yang memainkan peranan besar dalam menerajui kemajuan daerah dan negeri .

“Saya amat yakin bahawa GRS akan kembali membentuk dan mentadbir kerajaan bagi meneruskan agenda pembangunan demi manfaat dan kesejahteraan rakyat. 

“Kami akan memberikan sokongan sepenuhnya untuk memastikan kemenangan ini dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Ramah Mesra di PDM Paka Ranau, di Dewan Mini Dewan Kampung Lingkudau.

Turut hadir, Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang juga calon bagi DUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun.

Taufik berkata, kedudukan politik DUN di sini amat baik kerana banyak pembangunan telah berjaya dilaksanakan.

Beliau, yang telah lama berkecimpung dalam politik dan pernah memegang jawatan penting di Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri, menegaskan bahawa keadaan politik di negeri ini di bawah pentadbiran semasa adalah sangat tepat.

Tambahnya lagi, pemimpin Sabah yang memegang jawatan persekutuan dan di kerajaan negeri mempunyai aspirasi yang sama untuk memajukan negeri ini. Taufik mengajak rakyat agar mengekalkan kestabilan politik yang sedia ada.

“Pihak pembangkang hanya melaungkan pelbagai slogan untuk meyakinkan rakyat dalam pilihan raya, namun ia hanyalah laungan kosong.

“Sekiranya mereka diberikan jawatan di DUN, tidak tentu mereka akan memegang portfolio penting  dalam kerajaan negeri seperti yang pernah dipegang sebelum ini,” katanya. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE