Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

RTB di Cyber City siap 95 peratus, dijangka beroperasi Januari

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Masalah banjir di kawasan Lido dijangka dapat diatasi sepenuhnya dengan beroperasinya projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang kini 95 perastu siap dan dijangka beroperasi pada Januari tahun depan.

Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, berkata projek itu kini dalam fasa akhir pemasangan termasuk tidal gate dan komponen elektrik di rumah pam.

“Semua pam sudah siap, hanya menunggu pemasangan elektrik. Projek ini dijangka beroperasi bulan depan atau selewat-lewatnya Januari,” katanya ketika ditemui pada Program Walkabout di Pasar Lido, hari ini.

Menurut Phoong, projek RTB itu merupakan “hadiah” untuk penduduk di Luyang, khususnya di kawasan Lido yang sering berdepan masalah banjir sejak sekian lama.

Beliau yang juga penyandang kerusi DUN Luyang berkata kawasan itu mempunyai kira-kira 35,000 pengundi, dengan 65 peratus daripadanya terdiri daripada pengundi Cina. Beliau berharap penduduk di DUN Luyang terus menyokong Pakatan Harapan bagi memastikan kesinambungan projek yang sedang dirancang di kawasan itu.

Phoong turun padang bersama calon DUN Luyang daripada Pakatan Harapan, Chan Loong Wei, serta Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong. Walkabout berkenaan merupakan program pertama selepas penamaan calon dan bermula seawal jam 6 pagi.

LEAVE A RESPONSE