Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

PRU Sabah : Calon PKS pitam selepas serah borang penamaan calon di Tuaran

TUARAN : Suasana di Pusat Penamaan Calon (PPC) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu di Dewan Seri Sulaman pagi ini dikejutkan dengan insiden melibatkan calon Parti Kebangsaan Sabah (PKS), Dusi Gingging, yang dipercayai mengalami masalah kesihatan sebelum pitam ketika menunggu proses cabutan nombor calon.

Dusi, yang hadir lebih awal bersama pencadang dan penyokongnya, sempat menyerahkan borang pencalonan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya tanpa sebarang masalah. 

Beliau kemudiannya mengambil tempat di ruangan menunggu bagi proses seterusnya.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, Dusi dilaporkan rebah secara tiba-tiba, menyebabkan pasukan keselamatan dan petugas perubatan bergegas memberikan rawatan awal.

Petugas kesihatan yang berada di lokasi segera menstabilkan keadaan sebelum membawa beliau ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Proses penamaan calon bagaimanapun berjalan seperti biasa tanpa sebarang gangguan besar, dengan kehadiran petugas keselamatan memastikan keadaan terkawal. – SABAH MEDIA

LEAVE A RESPONSE