Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

Pilihan

GRS umum 51 calon hari ini, empat lagi diumum esok

Read Time:3 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengumumkan senarai 51 daripada keseluruhan 55 calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17 bagi memastikan kesinambungan pentadbiran negeri berteraskan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, berkata baki empat calon lagi akan diumumkan esok (Khamis).

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Pengumuman Calon-Calon GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Rabu.

Menurut Hajiji, senarai calon yang diumumkan menampilkan gabungan pemimpin berpengalaman dan generasi muda, dengan 35 peratus terdiri daripada muka baharu.

“Saya yakin calon-calon yang kita tampilkan kali ini adalah mereka yang berpotensi besar untuk menang dalam pilihan raya ini,” katanya.

Beliau turut menyeru semua penyokong serta jentera parti komponen GRS supaya bekerja keras memastikan kemenangan gabungan itu dalam PRN kali ini.

“Saya berharap dengan pengumuman calon-calon ini, seluruh jentera GRS akan bergerak bersama untuk memastikan kemenangan kita. Saya yakin kita akan berjaya,” katanya lagi.

Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah mengesahkan bahawa semua calon GRS akan menggunakan bendera rasmi gabungan berkenaan semasa bertanding.

Katanya, calon-calon yang dipilih terdiri daripada barisan pemimpin berwibawa, berpengalaman serta mempunyai rekod khidmat cemerlang di kawasan masing-masing.

“Dengan pengumuman ini, kita rapatkan saf kepimpinan, perkukuhkan semangat perjuangan dan pastikan kemenangan berpihak kepada GRS. Kita pilih GRS, kita undi GRS dan kita menangkan GRS,” katanya.

Hajiji berkata, GRS yang menerajui pentadbiran negeri sejak 2020 berjaya melaksanakan pelbagai pembaharuan termasuk pemulihan ekonomi, peningkatan pelaburan, peluasan peluang pekerjaan serta pelaksanaan projek pembangunan strategik di seluruh Sabah.

Antara kejayaan utama yang dicapai termasuk pemeteraian Perjanjian Komersial (CCA) dengan Petronas, peruntukan RM1.02 bilion untuk pendidikan dan pembangunan modal insan, pelaksanaan Rumah Mesra SMJ, serta pembangunan projek air dan tenaga yang dijangka menyelesaikan isu asas rakyat menjelang 2026.

Kerajaan negeri turut memperkukuh agenda kelestarian dengan memperluaskan Totally Protected Areas (TPA) kepada dua juta hektar dan Marine Protected Areas (MPA) seluas 1.015 juta hektar, selain mencatat kutipan hasil negeri sebanyak RM7 bilion selama dua tahun berturut-turut.

“Perjuangan GRS pada pilihan raya ini berasaskan aspirasi rakyat untuk memastikan kesinambungan pembangunan negeri melalui dasar Sabah Diutamakan, Sabah Melangkah Ke Hadapan, Sabah Maju Jaya dan Sabah Yang Bersatu,” katanya.

Majlis pengumuman turut dihadiri Timbalan-Timbalan Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Tan Sri Liew Yun Fah, Datuk Chin Su Phin dan Tan Sri Anifah Aman, serta Setiausaha Agung Datuk Seri Masidi Manjun dan Timbalan Setiausaha Agung Datuk Armizan Mohd Ali.


Senarai calon rasmi GRS PRN DUN Sabah ke-17:

  1. N01 Banggi – Datuk Mohamad Mohamarin
  2. N02 Bengkoka – Dr Samuil Mopun
  3. N03 Pitas – Datuk Seri Ruddy Awah
  4. N04 Tanjong Kapor – Datuk Ben Chong Chen Bin
  5. N05 Matunggong – Datuk Julita Majungki
  6. N06 Bandau – Datuk Redonah Bahanda
  7. N07 Tandek – Datuk Hendrus Anding
  8. N08 Pintasan – Tan Sri Pandikar Amin Mulia
  9. N09 Tempasuk – Datuk Mohd Arsad Bistari
  10. N10 Usukan – Datuk Japlin Akim
  11. N11 Kadamaian – Mudezam Muyau
  12. N12 Sulaman – Datuk Seri Hajiji Noor
  13. N13 Pantai Dalit – Datuk Jasnih Daya
  14. N14 Tamparuli – Belum diumum
  15. N15 Kiulu – Datuk Joniston Bangkuai
  16. N16 Karambunai – Datuk Arshad Idris
  17. N17 Darau – Datuk Mohd Razali Razi
  18. N24 Tanjung Keramat – Shah Alfie Yahya
  19. N26 Moyog – Joeynwood Bansin
  20. N27 Limbahau – Datuk Juil Nuatim
  21. N28 Kawang – Datuk Gulam Haidar Khan Bahadar
  22. N29 Pantai Manis – Datuk Pg Saifuddin Pg Tahir Petra
  23. N30 Bongawan – Tan Sri Anifah Aman
  24. N31 Membakut – Datuk Mohd Ariffin Arif
  25. N32 Klias – Datuk Isnin Aliasnih
  26. N33 Kuala Penyu – Datuk Limus Jury
  27. N34 Lumadan – Datuk Ruslan Muharam
  28. N36 Kundasang – Datuk Dr Joachim Gunsalam
  29. N37 Karanaan – Datuk Seri Masidi Manjun
  30. N38 Paginatan – Datuk Abidin Madingkir
  31. N39 Tambunan – Datuk Victor Paut
  32. N40 Bingkor – Belum diumum
  33. N41 Liawan – Datuk Annuar Ayub Aman
  34. N43 Kemabong – Datuk Rubin Balang
  35. N44 Tulid – Belum diumum
  36. N45 Sook – Datuk Ellron Angin
  37. N46 Nabawan – Datuk Abdul Ghani Yasin
  38. N47 Telupid – Datuk Jonybone J Kurum
  39. N48 Sugut – Datuk James Ratib
  40. N49 Labuk – Datuk Samad Jamri
  41. N51 Sungai Manila – Hazem Mubarak Musa
  42. N52 Sungai Sibuga – Datuk Amirshah Yaakub
  43. N53 Sekong – Puan Sri Diana Diego @ Yusrina Sufiana
  44. N57 Kuamut – Datuk Masiung Banah
  45. N58 Lamag – Johainizamshah Johari
  46. N59 Sukau – Datuk Juhari Janan
  47. N60 Tungku – Datuk Abdul Hakim Gulam Hassan
  48. N62 Silam – Datuk Mizma Apehdullah
  49. N63 Kunak – Datuk Norazlinah Arif
  50. N65 Senallang – Datuk Marunda KK. Ampong
  51. N66 Bugaya – Noordin Abdul Hussin
  52. N67 Balung – Syed Ahmad Syed Abas
  53. N68 Apas – Datuk Nizam Abu Bakar Titingan
  54. N70 Kukusan – Belum diumum
  55. N71 Tanjung Batu – Dr Andi Md Shamsureezal

LEAVE A RESPONSE