Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Sabah

75 masjid, surau di DUN Lumadan terima sumbangan


BEAUFORT : Sebanyak 75 masjid dan surau di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan di sini menerima sumbangan tunai menerusi Program Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa DUN Lumadan.

Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Matbali Musah berkata, sumbangan yang disampaikan merupakan tanda keprihatinan dan sokongan kepada masjid dan surau di kawasan berkenaan khususnya menjelang bulan Ramadan Al-Mubarak.

“Saya bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan Datuk Ruslan Muharam telah menyampaikan sumbangan kepada 34 buah masjid dan 40 buah surau khususnya dalam bulan Ramadan.

“Ini adalah mrupakan kolaborasi atau kebersamaan saya bersama Datuk Ruslan.  Ini adalah sebagai tanda sayang kami kepada pengurusan masjid dan surau sebelum bulan Ramadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa DUN Lumadan di sini.

Hadir sama Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam.

Dalam pada itu, program sama turut menyaksikan perasmian Dewan Terbuka Al-Ukhuwwah, Mukim Gadong.

Matbali berkata, dewan yang bernilai RM250,000 itu merupakan hasil peruntukan yang diluluskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, tahun lalu.

LEAVE A RESPONSE