Malaysia News Todays

Berita Terkini Malaysia, politik, ekonomi, sukan, hiburan, jenayah,

InstaForex
InstaForex
Pilihan

16 anugerah sukan negeri Sabah bakal diserahkan malam ini

Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Majlis Anugerah Sukan Negeri Sabah Kali Ke-17 yang berlangsung malam ini bakal menyaksikan penyampaian sebanyak 16 kategori anugerah sebagai penghargaan tertinggi kepada atlet dan tokoh sukan negeri ini.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, majlis berprestij itu diadakan untuk mengiktiraf kecemerlangan atlet serta kepimpinan sukan Sabah sepanjang tahun 2023 hingga 2024.

“Ini merupakan penghargaan tertinggi kerajaan negeri kepada atlet, tokoh dan kepimpinan sukan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa,” katanya.

Nizam Abu Bakar Titingan

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini pada Khamis.

Kemuncak majlis ialah penyampaian tiga anugerah utama iaitu Anugerah Olahragawan Lelaki, Anugerah Olahragawati Wanita Negeri Sabah, dan Anugerah Tokoh Sukan Negeri Sabah. 

Selain itu, anugerah turut merangkumi kategori atlet berpasukan lelaki dan wanita, atlet harapan, tokoh sukan, serta wartawan sukan yang menyumbang kepada pembangunan sukan negeri.

Majlis itu dijadual akan turut dihadiri Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Hadir sama dalam kunjungan hormat itu ialah Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Seri Dr Anil Sandhu; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Mansur Asun; Timbalan Setiausaha Tetap, Adanan @ Adnan Atin; Pengerusi Lembaga Sukan Sabah, Syed Ahmad Syed Abas; serta Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor.

LEAVE A RESPONSE