Tular Tukar kredit RM100 eMadani kepada wang tunai dicaj RM4. Seorang pengguna laman sosial Facebook, dikesan menawarkan perkhidmatan penukaran kredit eMadani, iaitu e-kredit RM100, kepada bayaran tunai.

Orang ramai yang inginkan perkhidmatan tersebut hanya perlu menghubungi pengguna tersebut melalui nombor WhatsApp yang tertera.

Tukar kredit RM100 eMadani kepada wang tunai dicaj RM4
“Esok (hari ini) ada duit eMadani. Siapa mahu duit secara tunai, boleh hubungi saya atau tukar duit beli kasut pun boleh. Ada baki, saya beri tunai.
“Saya hanya kenakan caj RM4,” tulis pengendali tersebut la laman sosialnya.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh pengguna media sosial itu mendapat respon yang tinggi daripada kenalannya yang tertarik dengan perkhidmatan tersebut.

Bagaimanapun, Kementerian Kewangan (MOF) pada Isnin memberi amaran kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.

Kementerian itu menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

MOF berkata, program eMadani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

MOF juga tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

By Staff Malaysia News Todays

Malaysia News Todays! National, Regional and World News. follow us for info latest everyday!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *