Seorang penyelia jururawat terpaksa berputih mata selepas wang simpanannya bernilai RM387,035 lesap dalam sekelip mata kerana ditipu oleh ‘scammer’ mencari kerja dalam talian yang menawarkan gaji yang tinggi, lapor Harian Metro.

Menurut kenyataan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, beliau berkata mangsa berusia 46 tahun itu menerima mesej melalui WhatsApp menawarkan dia kerja sambilan pada 11 September lalu.

“Selepas membuat 36 transaksi ke 21 akaun bank berjumlah RM387,035 sepanjang 13 hari bermula 11 Sept, mangsa akhirnya menyedari dia telah ditipu,” katanya.

Yahaya menambah, mangsa menggunakan wang simpanannya sendiri dan meminjam wang daripada rakan dan ahli keluarga untuk semua transaksi, sambil menambah kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Beliau turut menyeru orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dengan tawaran kerja yang diberikan melalui laman sosial yang menjanjikan pulangan lumayan dan menyemak di https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.

By Staff Malaysia News Todays

Malaysia News Todays! National, Regional and World News. follow us for info latest everyday!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *