CHUKAI: Menteri Pengangkutan Anthony Loke menyalurkan peruntukan RM200,000 setahun kepada 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Terengganu bagi membantu pembangunan sekolah berkenaan.

Beliau berkata bantuan yang bermula tahun ini itu disalurkan selepas menerima keluhan masyarakat Cina di Terengganu semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) lepas yang mengadu tidak mempunyai wakil rakyat Cina dan sukar mendapat bantuan daripada wakil rakyat tempatan.

“Jadi mereka memohon kepada saya sebagai menteri untuk memberi bantuan jadi sebagai menteri kita ada peruntukan menteri sebanyak RM1 juta yang boleh diberikan, diagihkan, diperuntukkan kepada NGO atau sekolah di luar kawasan (Parlimen) saya.

Jadi saya guna peruntukan menteri itu untuk membantu sekolah-sekolah Cina di Terengganu ini,” katanya ketika ditemui selepas bertemu dengan komuniti Cina, di sini.

Loke berkata sumbangan itu adalah komitmen beliau sebagai menteri yang akan disalurkan sepanjang penggal ini bagi membantu komuniti Cina di Terengganu. –Bernama


By Staff Malaysia News Todays

Malaysia News Todays! National, Regional and World News. follow us for info latest everyday!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *