KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan balasan kepada Pendaftar Mahkamah Timbang Tara Antarabangsa London (LCIA) hari ini berhubung permohonan untuk timbang tara pelaksanaan perjanjian penyelesaian antara Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Goldman Sachs Group, Inc (Goldman Sachs).

AGC menerusi kenyataan malam ini memaklumkan pihaknya juga telah mengemukakan sesalinan balasan tersebut kepada pihak Goldman Sachs.

Menurut kenyataan itu, ia berdasarkan Artikel 2.1 Peraturan LCIA, Kerajaan Malaysia hendaklah memfailkan balasan kepada Pendaftar Mahkamah LCIA dalam tempoh 28 hari dari tarikh Permohonan Untuk Timbang Tara tersebut difailkan.

“Pada 11 Okt 2023, Goldman Sachs telah menamakan Kerajaan Malaysia sebagai Responden dalam satu Permohonan Untuk Timbang Tara yang difailkan di LCIA.

“Permohonan Untuk Timbang Tara itu adalah bagi mendapatkan relif-relif tertentu yang dikatakan berbangkit daripada pelaksanaan Perjanjian Penyelesaian bertarikh 18 Ogos 2020 yang telah dimeterai antara Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Berhad dan Goldman Sachs,” menurut kenyataan itu.

AGC turut memaklumkan komited dalam memastikan kepentingan kerajaan sentiasa dilindungi dan kekal terpelihara sepanjang prosiding berkaitan permohonan untuk timbang tara yang difailkan Goldman Sachs itu. –Bernama


By Staff Malaysia News Todays

Malaysia News Todays! National, Regional and World News. follow us for info latest everyday!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *